Khamis, 24 Mei 2012

PENGALAMAN BERSAMA ATLIT-ATLIT ISTIMEWA(MSDeaf)


          Sepanjang aku bergelar Jurulatih bagi sukan olahraga, aku tidak pernah terlibat untuk melatih atlit2 olahraga dikalangan Orang Istimewa. Pengalaman yang cukup istimewa bagi aku. Berpeluang melatih atlit-atlit dari Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf).
Inilah atlit-atlit MSDeaf yang akan membawa cabaran Malaysia ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik ke 7 tahun 2012 di Seuol Korea.

1 Mei 2012 bermulalah sesi latihan bersama atlit2 istimewa ku. Pada mulanya aku dan pembantu ku Ssjn Lily ak Reban agak kekok, kerana kami belum biasa dan mengenali mereka dgn lebih dekat lagi.
Masalah yang besar bagi JL pada hari pertama adalah untuk berkomunikasi dgn atlit2 ini. Nasib baik kami diberikan seorang juru bahasa untuk membantu kami. Nama dia Roraziah bte Mohamad. Ha ha Jangan buat pasal haaa, dia dah ada yang punya, bulan Nov ni akan Bernikah.
Pada Fasa 1 seramai 11 orang yang melapur untuk menjalani latihan. Tetapi setelah ujian masa dilakukan, hanya tinggal 7 orang atlit saja yang layak untuk dibawa ke Korea Selatan. Kepada yang tidak terpilih jagan putus asa, cuba lagi. Yang penting, teruskan berlatih.



















Pada 18 Mei 2012 satu Upecara Penyerahan Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Jalur Gemilang telah diserahkan kepada CDM Kontinjen Malaysia En Arueen Ong. Majlis telah di adakan di Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya.
 

Penuh bersemangat........Mohd Rawi.













Penuh bergaya.............. Coach Lily ak Reban.