Ahad, 18 Oktober 2009

KEMBARADUGA GUNUNG BUBU



Inilah Kumpulan Kembaraduga Gunung Bubu bersama2 Kumpulan Mencari Dan Menyelamat bergambar di CP akhir iaitu di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
Nak tau cerita selanjutnya tunggu post seterusnya. Hek hek hek

Ketua Kumpulan. Apa2 pun possing kene baik bro. Masa ni perut masih kempis lagi.
 

Yang ni pulak kami punya bomoh. Nama dia kami DIN Batu. Mana dia dapat nama tu pun den tak tau. Dia ni uniknya, dia boleh nampak benda2 halus.


Abdullah bin saad nama diberikan kepada kawan saya ni. Dia ni kepakaran dia dalam air. Kalau lubuk tu ada ikan, pasti malam nanti kami dapat makan ikan itu. Satu lagi kepakaran dia, pandai main lastik. kalau 10 tu 9 pasti kena.
 
Yang Hamdan. Tak ada kepakaran khusus. dia datang jumpa aku minta nak ikut kembaraduga ni. Pada mulanya tak ada masalah, tapi masuk hari 4 dia kene serangan ASMA. Nasib baik tak teruk, kalau tidak habis lah.


Md Radzi nama diberi. Orang lama dalam kumpulan ni. Dialah orang yang bertungkus lumus menjayakan progrem ni. Dia ni kepekarannya bab dalam hutan. Tapi sepanjang perjalanan kami tu tak jumpa pun binatang hutan. Tak ado rezeki.


Yang ini tukang masak kumpulan kami. Masakan dia puuu supebb. sampai hari ni aku masih teringat masakan dia. Kalau dia tak ada, kami kebuluran le jawab nya.

Ini pun kepekaran dia bab binatang hutan jugak. Dah tak ada binatang, dia pun tak boleh buat apa2. Nama dia Zaidi berasal dari Matang, Taiping. Hingga hari ni dia masih aktif berburu.


Dia ni kami tugaskan untuk jaga ubat ubatan. Dia bukannya anggota medical tapi dia ada kursus Combat Madic. Jadi dialah jadi DOKTOR kami disepanjang Kembaraduga itu. Kami panggil dia Zaman TOT. Gelaran TOT tu dia dapat kat Sabah dulu. Aku sama2 dia di Sabah dulu. Biarlah TOT tu jadi rahsia aku dan dia aja.

Kumpulan Mencari dan Menyelamat yang telah berjaya membawa kumpulan Kembaraduga Gunung Bubu yang mana dua dari ahli kumpulan ni telah mengalami ASMA. Kami dengan rasa besar hati ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua rakan2 yang telah bersusah payah meredah sungai dan hutan untuk mencari dan menyelamatkan kumpulan kami ni. Jasa kamu semua hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.



Ahad, 4 Oktober 2009

KEM MOTIVASI 2





Pendaftaran Peserta Kem Motivasi ASIAN SKILL COMPETITION di IJED Port Dickson.

Pengalaman pertama kepada peserta adalah Pelajaran Mengenal Peta, Kompas dan Protektor. Seterusnya mereka diajar bagaimana Membaca Peta.

 
Dah  belajar baca peta kena tahu jugak untuk mengunakannya. Pelajaran Panduarah juga diajarkan kepada peserta. Pelaksanaan Latihan di Kawasan Suabetong PD.

 


Peserta akan memulakan perjalanan untuk latihan Panduarah sejauh 7 km.



Perbincangan akhir para peserta sebelum memulakan pejalanan. 'Macam tak yakin je'.


Kumpulan yang telah berjaya sampai ke CP dengan pantas dan tiada peralatan yang hilang.

Memasuki Fasa kedua Kem iaitu di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Peserta2 ini diberikan taklimat ringkas berkenaan hutan lipur ini dan Pantang Larang disini.


 
Taklimat ringkas program.
 

Jumaat, 2 Oktober 2009

CEGRITO PASAL KEM MOTIVASI PULAK!!! Jeng jeng jeng

Cogrito pasal kem motivasi ni den nak kongsi samo kawan2 semuo. Den sobona eh maso kocik2 mengren NAKAL bukan jahat yo, ado yo pokok manghis orang pokok den, ado yo sekerap orang gatah den, ado yo anak dagro orang den poi ngondap. Tu lah zaman2 JAHILLIAH dulu. Bilo dah bongrumor sikit, fikiran pon dah matang sikit, buleh bezo an antagro buruk dgn baik. Jadi nyosalah bila tongingat koNAKALan den dulu2. Maka togrusiklah hati nak mendidik anak2 mudo ni agar mempunyai pokerti yang mulio. Nak membentok remaja kito agar memiliki MODAL INSAN KELAS PERTAMA. Jadi tercotuslah ideo nak mereko bontok program motivasi bagi remaja2 kito. Jadi sotelah berhompeh puleh mereko program ni maka bermulolah episod den menganjurkan Kem Motivasi. Modul yang terkandung dalam program2 den ni adalah:
- Modul untuk Kepimpinan
- Modul untuk JatiDiri
- Modul untuk Bina kumpulan ( Team Bulding)
- Modul untuk Ikhtiar Hidup (Survival)



Tugasan petamo yang mencaba kewibawaan den adalah Merangko Program Motivasi bagi peserta2 Asian Skill Competition tahun 2006. Sebolam tu banyaklah kem2 motivasi yang dah den anjurkan tapi yang ini memang payah. Tapi walau macamano pun den kono buek jgk. Tulah berkat bantuan dan sokongan rakan2 kami berjaya juga menganjurkan kem tersebut dengan PUJIAN. Ni den nak cogrito kek kawan2 den ni.











 

Majlis PENYERAHAN peserta Asian Skill Competition di PROTON Kuala Lumpur. Dah serah je macam biasa den pun masok daun.












 



Semasa menyampaikan Taklimat Kem Motivasi kepada peserta2. "Dio dah sograh kek kito apo lai" kata rakan kito kek sobolah tu haa. Program yang den reka ni, hari PERTAMA meraka memang akan HURU HARA.
 












Tengoklah muka peserta2 ni, hari pertama muka dah CONFIUSED. Itu belum den tinggikan suara tu.

       
 Bermula sesi menghuru hara kan mereka. Apa saja yang mereka buat pada hari pertama ni semua tak betul. Betul pun kami kata tak betul. Sesi ini akan berlarutan sampai ke malam harinya. Ia bergantung kepada ahli2 kumpulan. Jika masih dilihat tidak boleh berkerjasama, ia akan berlarutan hingga ke pagi hari kedua. Selalunya pada sebelah malamnya mereka sudah mula berubah.
       Nak bagi mereka HURU HARA sonang yo, pecahkan mereka kepada kumpulan 2 kecil kemudian jangan lantik ketua. Lepas tu kita kerahkan mereka untuk melaksanakan satu tugasan yang memerlukan tahap kerjasa yang tinggi. Mesti berterabo togai punya. Untuk bagi mereka rasa kecil, kita suruh mereka duduk atas lantai/tanah semasa kita bercakap dengan mereke. Itu sebabnya pesalah2, mereka disuruh duduk di lantai atau tanah. 
 
Macam ayak kehilangan ibu. Tanpa kawalan,bimbingan dan nasihat REMAJA2 kita akan hanyut di bawa oleh arus kemodenan.
 
Setelah dikawal, dibimbing dan dinasihati barulah mereka terurus dan menjadi satu kumpulan yang bersatu untuk meneruskan program seterusnya. Setelan kumpulan2 kecil ini bersatu dan dikawal oleh seorang ketua maka senanglah kita untuk melaksanakan aktiviti seterusnya.
 

 REMAJA2 MALAYSIA