Jumaat, 2 Oktober 2009

CEGRITO PASAL KEM MOTIVASI PULAK!!! Jeng jeng jeng

Cogrito pasal kem motivasi ni den nak kongsi samo kawan2 semuo. Den sobona eh maso kocik2 mengren NAKAL bukan jahat yo, ado yo pokok manghis orang pokok den, ado yo sekerap orang gatah den, ado yo anak dagro orang den poi ngondap. Tu lah zaman2 JAHILLIAH dulu. Bilo dah bongrumor sikit, fikiran pon dah matang sikit, buleh bezo an antagro buruk dgn baik. Jadi nyosalah bila tongingat koNAKALan den dulu2. Maka togrusiklah hati nak mendidik anak2 mudo ni agar mempunyai pokerti yang mulio. Nak membentok remaja kito agar memiliki MODAL INSAN KELAS PERTAMA. Jadi tercotuslah ideo nak mereko bontok program motivasi bagi remaja2 kito. Jadi sotelah berhompeh puleh mereko program ni maka bermulolah episod den menganjurkan Kem Motivasi. Modul yang terkandung dalam program2 den ni adalah:
- Modul untuk Kepimpinan
- Modul untuk JatiDiri
- Modul untuk Bina kumpulan ( Team Bulding)
- Modul untuk Ikhtiar Hidup (Survival)



Tugasan petamo yang mencaba kewibawaan den adalah Merangko Program Motivasi bagi peserta2 Asian Skill Competition tahun 2006. Sebolam tu banyaklah kem2 motivasi yang dah den anjurkan tapi yang ini memang payah. Tapi walau macamano pun den kono buek jgk. Tulah berkat bantuan dan sokongan rakan2 kami berjaya juga menganjurkan kem tersebut dengan PUJIAN. Ni den nak cogrito kek kawan2 den ni.











 

Majlis PENYERAHAN peserta Asian Skill Competition di PROTON Kuala Lumpur. Dah serah je macam biasa den pun masok daun.












 



Semasa menyampaikan Taklimat Kem Motivasi kepada peserta2. "Dio dah sograh kek kito apo lai" kata rakan kito kek sobolah tu haa. Program yang den reka ni, hari PERTAMA meraka memang akan HURU HARA.
 












Tengoklah muka peserta2 ni, hari pertama muka dah CONFIUSED. Itu belum den tinggikan suara tu.

       
 Bermula sesi menghuru hara kan mereka. Apa saja yang mereka buat pada hari pertama ni semua tak betul. Betul pun kami kata tak betul. Sesi ini akan berlarutan sampai ke malam harinya. Ia bergantung kepada ahli2 kumpulan. Jika masih dilihat tidak boleh berkerjasama, ia akan berlarutan hingga ke pagi hari kedua. Selalunya pada sebelah malamnya mereka sudah mula berubah.
       Nak bagi mereka HURU HARA sonang yo, pecahkan mereka kepada kumpulan 2 kecil kemudian jangan lantik ketua. Lepas tu kita kerahkan mereka untuk melaksanakan satu tugasan yang memerlukan tahap kerjasa yang tinggi. Mesti berterabo togai punya. Untuk bagi mereka rasa kecil, kita suruh mereka duduk atas lantai/tanah semasa kita bercakap dengan mereke. Itu sebabnya pesalah2, mereka disuruh duduk di lantai atau tanah. 
 
Macam ayak kehilangan ibu. Tanpa kawalan,bimbingan dan nasihat REMAJA2 kita akan hanyut di bawa oleh arus kemodenan.
 
Setelah dikawal, dibimbing dan dinasihati barulah mereka terurus dan menjadi satu kumpulan yang bersatu untuk meneruskan program seterusnya. Setelan kumpulan2 kecil ini bersatu dan dikawal oleh seorang ketua maka senanglah kita untuk melaksanakan aktiviti seterusnya.
 

 REMAJA2 MALAYSIA