
Semasa mengendalikan Kem Motivasi bagi peserta2 Pertandingan Kemahiran peringkat Dunia tahun 2008 di Tasik Kenyir, Terengganu.

Semasa mengendalikan Kem Motivasi bagi peserta2 Pertandingan Kemahiran peringkat Dunia tahun 2008 di Tasik Kenyir, Terengganu.

Pada tanggal 2 Jan 1981 aku telah diterima untuk berkhidmat dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Aku telah menjalani latihan rekrut selama 4 bulan di Pusat Latihan Rekrut, Port Dickson. Banyak pengalaman pahit manis yang telah aku lalui semasa di PLR. Aku telah ditempatkan di Platun 24, Delta Kompeni yang di ketuai oleh Sjn Harun (Renjer). Platun sjn kami tu punyalah cengeh (garang). Kami semua takut pada dia. Pada minggu pertama kami kat PLR, apa yang kami buat semuanya salah. Apalagi, kalau dah salah tu hukuman nya menyiarap bawah Capoi (Katil). Kalau tak silap aku, sepanjang kami menjalani latihan tu sebanyak 114 kali kami kena masuk bawah capoi. Aku telah menamatkan latihan di PLR pada bulan Mei 1981.