Ahad, 18 Oktober 2009

KEMBARADUGA GUNUNG BUBU



Inilah Kumpulan Kembaraduga Gunung Bubu bersama2 Kumpulan Mencari Dan Menyelamat bergambar di CP akhir iaitu di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
Nak tau cerita selanjutnya tunggu post seterusnya. Hek hek hek

Ketua Kumpulan. Apa2 pun possing kene baik bro. Masa ni perut masih kempis lagi.
 

Yang ni pulak kami punya bomoh. Nama dia kami DIN Batu. Mana dia dapat nama tu pun den tak tau. Dia ni uniknya, dia boleh nampak benda2 halus.


Abdullah bin saad nama diberikan kepada kawan saya ni. Dia ni kepakaran dia dalam air. Kalau lubuk tu ada ikan, pasti malam nanti kami dapat makan ikan itu. Satu lagi kepakaran dia, pandai main lastik. kalau 10 tu 9 pasti kena.
 
Yang Hamdan. Tak ada kepakaran khusus. dia datang jumpa aku minta nak ikut kembaraduga ni. Pada mulanya tak ada masalah, tapi masuk hari 4 dia kene serangan ASMA. Nasib baik tak teruk, kalau tidak habis lah.


Md Radzi nama diberi. Orang lama dalam kumpulan ni. Dialah orang yang bertungkus lumus menjayakan progrem ni. Dia ni kepekarannya bab dalam hutan. Tapi sepanjang perjalanan kami tu tak jumpa pun binatang hutan. Tak ado rezeki.


Yang ini tukang masak kumpulan kami. Masakan dia puuu supebb. sampai hari ni aku masih teringat masakan dia. Kalau dia tak ada, kami kebuluran le jawab nya.

Ini pun kepekaran dia bab binatang hutan jugak. Dah tak ada binatang, dia pun tak boleh buat apa2. Nama dia Zaidi berasal dari Matang, Taiping. Hingga hari ni dia masih aktif berburu.


Dia ni kami tugaskan untuk jaga ubat ubatan. Dia bukannya anggota medical tapi dia ada kursus Combat Madic. Jadi dialah jadi DOKTOR kami disepanjang Kembaraduga itu. Kami panggil dia Zaman TOT. Gelaran TOT tu dia dapat kat Sabah dulu. Aku sama2 dia di Sabah dulu. Biarlah TOT tu jadi rahsia aku dan dia aja.

Kumpulan Mencari dan Menyelamat yang telah berjaya membawa kumpulan Kembaraduga Gunung Bubu yang mana dua dari ahli kumpulan ni telah mengalami ASMA. Kami dengan rasa besar hati ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua rakan2 yang telah bersusah payah meredah sungai dan hutan untuk mencari dan menyelamatkan kumpulan kami ni. Jasa kamu semua hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.